SELAMAT DATANG ke Laman Web Rasmi
PERSATUAN PENOLONG PERANCANG BANDAR DAN DESA MALAYSIA
 
 
 
 
 
 
 Assalammualaikum & Salam Sejahtera
 
Pertama kali saya memanjatkan rasa syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T di atas limpah kurnia dah hidayahNya maka kita dapat bersama-sama berada di dalam sebuah keluarga yang besar dinamakan PERSATUAN PENOLONG PERANCANG BANDAR DAN DESA MALAYSIA.  
 
Selaras dengan peranan dan fungsi persatuan sebagai satu platform untuk ahli mendapatkan perhatian berhubung hal-hal berkaitan dengan perjawatan, perkhidmatan, kebajikan, sosial dan ilmu pengetahuan berkaitan bidang tugas tidak kira di mana anda bertugas sama ada di peringkat Persekutuan, Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, OSC mahupun Agensi berkaitan. Jadikanlah ruangan ini sebagai pusat setempat untuk kita bersama-sama berkongsi idea dan pandangan bersama bagi memajukan profesion Penolong Perancang Bandar khususnya dan Perancangan Bandar itu sendiri amnya.
 
Sebagai Pengerusi PERSATUAN PENOLONG PERANCANG BANDAR DAN DESA MALAYSIA, saya menyeru kepada semua ahli agar menjalankan tanggungjawab bersama dengan menjaga nama baik persatuan serta membantu menunaikan tanggungjawab membayar yuran bagi membolehkan persatuan bergerak aktif menjalankan program-program yang lebih rancak sepanjang tahun untuk kepentingan kita bersama.
 
Akhir kata di harap kita semua akan menjadi sebuah persatuan yang mampu memberi impak kepada profesion perancangan bandar di Malaysia serta membuktikan bahawa kehadiran kita di dalam organisasi bukan sahaja sebagai Penolong malah lebih daripada itu.
 
Sekian Terima Kasih
 
 
 
 
 
PENGERUSI
 
PERSATUAN PENOLONG PERANCANG BANDAR DAN DESA MALAYSIA
 
 
 
 
 


 
 
|| Untuk makluman lanjut pembayaran secara online sila klik disini ||
 
 
 
Your text start HERE...
Jumlah Pelawat :
  Disediakan oleh : Biro Penerbitan & Publisiti PPPM 2013