SELAMAT DATANG ke Laman Web Rasmi
PERSATUAN PENOLONG PERANCANG BANDAR DAN DESA MALAYSIA
 
 
SELAMAT DATANG KE PPPM VIEW
 
 
 
 
 
Selamat Datang ke Laman Web Rasmi PERSATUAN PENOLONG PERANCANG BANDAR DAN DESA MALAYSIA. Sebuah platform bagi semua ahli mendapatkan informasi, maklumat dan agenda terkini yang dijalankan oleh persatuan dari masa ke semasa. Sebarang cadangan, aduan dan penambahbaikan dari semua ahli bagi tujuan kebaikan bersama amat dialu-alukan.
 
Tahun 2016 menyaksikan lebih ramai penyertaan ahli baru yang mendaftar masuk sebagai ahli PPPM dan dengan ini pihak persatuan mengucapkan SELAMAT DATANG ke PERSATUAN PENOLONG PERANCANG BANDAR DAN DESA MALAYSIA dan manfaatkan sebarang usaha, idea dan keprihatinan saudara/saudari terhadap pembangunan demi kepentingan bersama
 
Terima Kasih - webmaster
 
 __________________________________________________
 
INFORMASI PPPM TERKINI.

------------------------------------------------------------------------------------------

Muat turun dokumen AGM-PPPM2016 disini
 

 
 
 
 

 
2.      UNDANG-UNDANG PERSATUAN PENOLONG PERANCANG BANDAR DAN DESA MALAYSIA (Pindaan 2013) kini boleh dimuat turun ( klik di sini)
 
3.       BORANG KEAHLIAN (Edisi 2014) -  (klik disini)
 
 
 
 
 
 
Kuantan, 15 Mei 2015Persatuan Penolong Perancang Bandar dan Desa Malaysia (PPPM) dengan kerjasama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBD SM) melalui Seksyen Sumber Manusia telah berjaya menganjurkan MESYUARAT PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA MALAYSIA KALI KE-9 bertempat di Hotel Swiss Garden Resort & Spa, Kuantan, Pahang pada 13-15 Mei 2015. Penganjuran kali ini dirasmikan oleh YBhg. Datin Paduka Dr. Dahlia Rosly, Ketua Pengarah JPBD SM serta dihadiri lebih 180 orang Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa seluruh negara. 
 
Disamping itu juga, satu Mesyuarat Agung Tahunan PPPM Kali ke-14 telah dijalankan pada malam 13 Mei 2015 bagi membentangkan pelaporan serta aktiviti persatuan sepanjang tahun 2014.  Satu sesi lawatan ke Sungai Lembing juga telah diatur bagi membolehkan peserta melawat kawasan bersejarah di samping melawat Muzium Sungai Lembing yang meninggalkan kesan aktiviti perlombongan masa lampau.
 
Mesyuarat kali ini disertai dengan empat (4) pembentangan kertas kerja yang terbaik dan Sesi Dialog bersama Presiden Cuepacs YBhg. Datuk Azih Muda serta Wakil Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) bagi membincangkan hal-hal berkaitan perjawatan Skim Penolong Pegawai Perancang Bandar di Malaysia.
 
 
 
*****
 
SEMINAR PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN KESALAHAN PERANCANGAN DI BAWAH AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976
(AKTA 172) - SIRI LANJUTAN

anjuran

PERSATUAN PENOLONG PERACANG BANDAR DAN DESA MALAYSIA

 dengan kerjasama

JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA

Kuala Lumpur, 18 Mei 2015 - PPPM dengan kerjasama Bahagian Perundangan dan Kawal Selia Perancangan (BPKSP), JPBD SM telah berjaya menganjurkan SEMINAR PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN KESALAHAN PERANCANGAN DI BAWAH AKTA 172 bertempat di Grand Continental Hotel, Kuala Lumpur. Seminar mendapat penyertaan yang mengalakkan dengan kehadiran lebih 200 peserta seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.  Empat (4) pembentangan kertas kerja telah disampaikan oleh Tuan Hj Azman bin Talib (BPKSP, JPBD SM) , En. Yusri (MP Klang) serta En. Wan Marahakim bin Wan Salleh (Pengarah Undang-Undang MD Kuala Terengganu).
 
 
 
 
*********************************
 
SUMBANGAN KEPADA MANGSA BANJIR
AHLI PPPM DI PANTAI TIMUR
 
*********************************
 
 
KUANTAN 7 Jan. Persatuan Penolong Perancang Bandar Malaysia (PPPM) telah menyertai deligasi Misi Bantuan Kemanusian kepada mangsa banjir di Pantai Timur anjuran KESPERB JPBDSM pada 7 hingga 9 Januari 2015. Kami telah menghulurkan sumbangan kepada ahli PPPM yang terjejas banjir di Negeri Pahang yang terlibat iaitu Tn. Hj. Bashir Abd Ghani dari JPBD Pahang dan En. Abdul Majid yang bertugas di PKNP. Program berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama JPBD Negeri Pahang. Semoga sumbangan yg dihulurkan dapat meringan beban yang ditanggung akibat bencana banjir. Terima kasih juga kepada pihak pengurusan @jpbdsm terutama Ketua Pengarah JPBDSM, YBhg. Datin Paduka Dr. Dahlia binti Rusly dan Tn. Hj. Zainuddin bin Ahamad, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan JPBDSM diatas kprihatinan dan sokongan terhadap misi ini.
 
*********************************************************
 
 
KUALA TERENGGANU 8 Jan  Persatuan Penolong Perancang Bandar Malaysia (PPPM) telah menyertai deligasi Misi Bantuan Kemanusian kepada mangsa banjir di Pantai Timur anjuran KESPERB JPBDSM ke Negeri Terengganu. Sumbangan telah disampaikan kepada ahli iaitu Puan Rohaizah bt Abdullah (P184). Turut serta dlm majlis ini Tn. Hj. Anuar bin Maidin, Pengarah JPBD Terengganu merangkap Presiden PERSADA, Tn. Hj. Idris dr Pejabat Projek Zon Timur (PPZR) serta lapisan pegawai daripada kedua-dua JPBD Negeri dan Pejabat Projek Zon Timur.

Bagi pihak Persatuan, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yg menjayakan Misi Bantuan mangsa banjir drpd JPBDSM yang dianjurkan KESPERB dan tidak ketinggalan kpd Ketua Misi ke-2 ini, iaitu En. Abdul Rasyid bin Zainal yg komited menjayakan misi tersebut. Terima kasih kpd AJK PPPM yg diketuai Presiden PPPM, En. Abu Salehek bin Musa, Timbalan Presiden PPPM En. Norhiysam bin Samad @ Mohamed dan En. Kamal bin Abu Bakar (AJK) yg turut serta. Semoga bantuan dan sumbangan yg diberikan dpt meringankan beban dan kesusahan yang ditanggung.
 
*********************************************************

KUANTAN 20 Nov.  Persatuan Penolong Perancang Bandar dan Desa Malaysia telah menganjurkanSiri Jelajah AJK PPPM Bersama Ahli Negeri Pahang Darul Makmur. Program dijalankan di Bilik Mesyuarat Majestik, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).  Seramai 16 ahli berdaftar telah hadir melibatkan ahli daripada JPBD Negeri Pahang, Majlis Daerah Temerloh, Majlis Perbandaran Kuantan, dan URP Kuantan. Program bermula jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang. Program antara lain bertujuan mengeratkan silaturrahim diantara ahli disamping mengemaskini maklumat keahlian dan permohonan kebajikan ahli-ahli. Program dimulakan dengan ucapan oleh Pengerusi PPPM, En. Abu Salehek bin Musa dan diikuti oleh Taklimat Khas PPPM oleh Timbalan Pengerusi, En. Norhiysam bin Mohamad @ Samad.
 
Program ini antara lain membincangkan peranan ahli di Negeri Pahang selaku tuan rumah bagi Mesyuarat Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Malaysia kali ke-9 di Kuantan, Pahang pada Mei 2015. Selain daripada itu juga, pertemuan kali ini membincang beberapa isu berbangkit yang diusulkan oleh ahli. - pppm
 


 
 
 

Hari  Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) disambut pada 8 November setiap tahun di hampir 30 negara di seluruh dunia. Ia telah menjadi agenda tahunan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia sejak tahun 1988 mengikut tema tertentu selaras dengan keperluan dan perkembangan semasa.
 
Social Urbanism: Developing An Equitable City (Social Urbanism : Pembangunan Bandar yang Saksama) adalah ke arah memastikan kesan positif transformasi pembangunan dan perkembangan perbandaran dapat dinikmati secara bersama oleh semua golongan masyarakat.
 
Social Urbanism memerlukan transformasi sosial yang dapat mengubah minda masyarakat supaya lebih bersifat penyayang dan mementingkan penglibatan semua golongan masyakarat dalam proses perancangan dan pembangunan perbandaran tanpa mengira umur, jantina, kaum dan taraf hidup dalam semua aspek perancangan ke arah melaksanakan pembangunan yang inklusif. Ini secara tidak langsung dapat menggalakkan perpaduan sosial melalui pemerkasaan kesaksamaan masyarakat dan memberi penekanan kepada golongan yang memerlukan perhatian.
 
 
Layari http://www.townplan.gov.my untuk maklumat lanjut
 
 

 
 
 
 

INFORMASI UMUM

 
 

 
 
       
 
 
 


 
 
 
 

KOMEN ANDA



 
 
|| Untuk makluman lanjut pembayaran secara online sila klik disini ||
 
 
 
Your text start HERE...
Jumlah Pelawat :
  Disediakan oleh : Biro Penerbitan & Publisiti PPPM 2013